Bagaimana SMS Gateway Berfungsi

Bagi perkhidmatan SMS Premium (reverse billing / berbayar), SMS Gateway berfungsi sebagai penghubung antara 3 kumpulan utama iaitu :

1. Anda - sebagai penyedia kandungan(registered user)

2. Pelanggan Anda - yang akan menghantar SMS kepada perkhidmatan anda (mobile user)

3. Telco - ketiga-tiga telco di Malaysia (Maxis, DiGi dan Celcom)

SMS Diagram

Anda akan memhon sebagai pengguna sistem SMS seperti SMS In-A-Box bagi membolehkan anda membuat konfigurasi SMS anda sendiri. Apabila telah selesai, pelanggan anda (mobile user) boleh menghantar SMS. 

Melalui telco (mobile tower), SMS tersebut akan dihantar ke SMS Gateway yang biasanya dikenalpasti melalui kod 5 digit. SMS Gateway pula seterusnya akan mengenalpasti sebarang konfigurasi perkhidmatan anda dari keyword yang dikhususkan untuk anda. Sekiranya berjaya, SMS satu SMS balas akan dihantar semula kepada telco dan telco kemudiannya akan menghantar semula kepada pelanggan (mobile user).