| Fakta Menarik SMS Malaysia! |
|
Jumlah itu diperoleh berdasarkan perangkaan yang menunjukkan lebih 47 juta SMS dihantar setiap hari di negara ini dengan andaian setiap SMS dikenakan bayaran purata 10 sen. Golongan wanita pula dipercayai menghabiskan lebih banyak wang daripada lelaki dalam penggunaan perkhidmatan itu. Bukan hanya di Malaysia.. Di pasaran global pula, lebih 1.3 trilion transaksi SMS dilakukan setiap hari. Berdasarkan rekod, katanya, golongan muda merupakan kategori `aktif' dengan saiz pasaran global dianggarkan berjumlah AS$26.6 bilion (RM105 bilion) tahun ini.Jumlah itu dijangka meningkat sebanyak AS$12 bilion (RM45.36 bilion) lagi menjelang 2007. Menjelang 2008, kategori perkhidmatan data mudah alih merangkumi SMS dan sistem pesanan multimedia (MMS) dijangka menyumbang 60 peratus kepada perolehan syarikat telekomunikasi di dunia. |