InfoCenter
Glosari SMS | Glosari & Terma SMS |
|
|
|
|
Berikut adalah beberapa terma dan istilah yang biasa digunakan didalam web ini. Istilah ini mungkin berbeza daripada istilah yang lain tetapi objek yang dirujuk mempunyai kebarangkalian yang sama.
A
Alfanumerik – Suatu gabungan aksara yang mengandungi nombor 0 - 9 dan huruf A – Z.
Animasi - Adalah paparan susunan imej yang cepat dalam menghasilkan sesuatu yang kelihatan bergerak.
G GSM – Global System for Mobile Communication adalah suatu piawaian yang biasa digunakan oleh telefon bimbit di dunia.
I Iklan Interaktif – adalah suatu konsep pengiklanan yang menggunakan media seperti internet dan SMS untuk membolehkan pelanggan seolah-olah berinteraksi dengan pengiklanan tersebut.
Information On Demand – Adalah maklumat yang dikehendaki oleh pemilik telefon bimbit tanpa sebarang paksaan dan sanggup membayar diatas maklumat yang dikehendaki.
K Kod Pendek – Adalah merujuk kepada nombor lima digit yang biasa digunakan dalam sesuatu perkhidmatan SMS.
L Logo Operator – Adalah paparan imej di telefon bimbit yang mewakili logo syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
M Moderator – Adalah pihak atau individu yang memantau sesuatu perjalanan perbincangan atau komunikasi
N Nada Dering – Adalah bunyi atau muzik yang akan dimainkan oleh telefon bimbit anda apabila terdapat sebarang panggilan masuk atau SMS.
O Opt-In – Adalah proses untuk mendapatkan maklumat dari seseorang. Sebagai contoh, apabila opt in email dilakukan, pemilik email diberi pilihan untuk menerima sebarang email yang biasanya adalah newsletter dan pengiklanan.
P Pemasaran Internet – Adalah merujuk kepada internet yang digunakan untuk mengiklan dan menjual produk dan perkhidmatan.
Penyedia Gateway SMS – organisasi yang menyediakan perkhidmatan penyambungan ke penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Penyedia Kandungan – organisasi atau individu yang merekabentuk dan membangunkan kandungan digital seperti nada dering.
Penyedia Perkhidmatan (Telco) – syarikat yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih di Malaysia.
R Reverse Billing – merujuk kepada penerima yang dikenakan caj apabila menerima sesuatu SMS yang diminta.
S Server – perkakasan komputer yang digunakan untuk memberi suatu perkhidmatan khusus apabila diminta.
SMS – singkatan kepada Short Message Service yang biasanya berbentuk teks yang dihantar antara telefon bimbit.
SMSC – Elemen rangkaian dalam rangkaian telefon mudah alih yang menghantar mesej SMS.
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia – organisasi milik kerajaan yang mengawalselia industri telekomunikasi dan multimedia di Malaysia.
SMS Server –adalah mesin atau gabungan beberapa mesin komputer yang dikonfigurasikan untuk mengawal aktiviti SMS
T Telefon Bimbit – adalah alat mudah alih yang membolehkan telekomunikasi jarak jauh dilakukan.
V Vcard – piawaian format fail dalam pemindahan data peribadi yang biasanya digunakan sebagai kad perniagaan elektronik. W Wallpaper – gambar latarbelakang dalam skrin sesebuah telefon bimbit
|