InfoCenter
Kelebihan Gateway SMS | Kelebihan Menggunakan SMS Hosting |
|
|
|
|
Mungkin sesetengah daripada kita terfikir untuk mengadakan perkhidmatan SMS Gateway sendiri bagi memiliki teknologi sendiri dan mempunyai kawalan 100% terhadap server SMS sendiri. Ia adalah bijak untuk anda berfikir sedemikian sekiranya anda adalah sebuah syarikat yang besar dan mempunyai transaksi yang tinggi. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara mengapa perkhidmatan SMS Hosting perlu dipertimbangkan sebelum memiliki server SMS sendiri : 1. Kos memiliki server sendiri adalah tinggi. Bagi sesebuah syarikat baru ia mungkin mencecah sehingga RM150,000 2. Kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menyelenggarakan server adalah penting. 3. Membangunkan sistem aplikasi dan billing mengambil masa yang agak panjang. 4. Tanggungjawab pengurusan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan juga telco 5. Memerlukan rancangan strategik dan pemasaran yang baik untuk memastikan server SMS digunakan sepenuhnya 6. Mempunyai modal pusingan yang tinggi sebagai sokongan apabila pembayaran yang diterima dari telco adalah lewat. 7. Mesti mempunyai syarikat yang berdaftar dan memohon lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. 8. Membangunkan aplikasi yang berterusan dan konsisten untuk memenuhi keperluan pasaran dan juga menghadapi persaingan. Bagi syarikat bersaiz kecil atau baru pertama kali menggunakan SMS, adalah lebh baik untuk mendapatkan perkhidmatan SMS Hosting kerana ia lebih memudahkan, menjimatkan dan efisien |